Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Membaca, by Nur Asmah binti Mohd. Ali
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nur Asmah binti Mohd. Ali
Title:Faedah Membaca
2014-08-31 17:22
            Amalan membaca merupakan satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana membaca jambatan ilmu.Oleh hal yang demikian,amalan membaca ada banyak faedahnya kepada kita.  
            Antara faedah membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baharu yang tidak kita ketahui sebelum ini.Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.  
            Selain itu,kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.Contohnya isu kegawatan ekonomi,bencana dan peperangan,krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.Oleh itu,lita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap seperti "katak di bawah tempurung".  
            Membaca juga dapat mematangkan fikiran kita.Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Jadi, kita didorong    untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu dengan waras.  
            Masa umpama emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku pada masa lapang bukan sahaja bijak mengurus masa tetapi kita juga dapat menggelakkan diri kita daripada gejala negatif.Kita haruslah menanamkan sikap suka membaca buku sejak dari kecil lagi.  
            Sesungguhnya,banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan membaca.Kesimpulannya,tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian.Kita perlu mencontohi sikap masyarakat negara maju seperti di Jepun yang menjadikan membaca sebagai budata hidup mereka.
 

Rainbow Dash, (2014-09-05 13:08)
its cool
 
Rainbow Dash, (2014-09-05 13:07)
its cool
 
Submit a comment:

Name