Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah komputer, by 帅哥
Contoh Karangan UPSR
Name:帅哥
Title:aku sebuah komputer
2014-08-31 16:43
        Namaku Acer. Aku diperbuat di sebuah kilang di Taiwan. Dalam isi perutku terdapat pelbagai cip yang bileh menggerakkan aku. tanpa cip-cip itu, aku tidak boleh digunakan. Cip-cip itulah yang menjadi nadi penggerak.      
 
        Setelah siap dipasang, aku dihantar ke Malaysia. Aku diletakkan ke dalam kotak bersama-sama dengan beberapa aksesori yang lain. Antaranya ialah CPU, tetikus dan papan kekunci. Tanpa bantuan alatan-alatan ini, aku tidak dapat bergerak dengan sempurna.      
 
        Setelah beberapa hari aku dipamerkan di sebuah kedai, akhirnya kau dibeli oleh seorang pemuda yang beumur dalam pertengahan usia. Aku diletakkan di dalam bilik bacaan yang terdapat di rumah tersebut. Aku sering digunakan oleh tuanku untuk menyiapkan kerja-kerjanya.      
 
        Jika ada masa terluang pula, anak-anak tuanku menggunakan aku untuk bermain. Hal ini demikian kerana di dalam otakku telah diisi dengan pelbagai jenis permainan yang menarik. Permainan-permainan tersebut amat menghiburkan mereka. Kadangkala, tuanku dan isterinya juga bermain permainan yang ada di dalam otakku. Tujuannya untuk menghilangkan kerunsingan mereka.      
 
        Banyak kemudahan yang aku sediakan kepada tuanku. Beliau amat berd=gembira dengan kehadiran aku. Anak-anaknya juga gembira. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada tuanku selagi perkhidmatan aku  
diperlukan.  
 

 

Submit a comment:

Name