Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH MENABUNG , by SITI AISYAH BT MOHD SAZALI
Contoh Karangan UPSR
Name:SITI AISYAH BT MOHD SAZALI
Title:FAEDAH MENABUNG
2014-08-31 02:10
Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah Menabung".  
 
Hadirin sekalian,  
 
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa yang akan datang seperti menabung dapat memupuk amalan berjimat-cermat. Menabung dapat mengelakkan kita daripada masalah kesulitan wang kelak. Kita boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk membeli barangan keperluan sahaja dan mengelakkan kita daripada membeli barangan kehendak kerana itu    adalah amalan pembaziran.  
 
Hdirin sekalian,  
 
Dengan amalan menabung juga kita boleh membantu adik-beradik  
kita dengan membeli peralatan sekolah. amalan ini dapat merengankan beban ibubapa kita. Menabung dapat menjadikan kita bersifat sabar. Bak kata pepatah,"sikit-sikit lama-lama      
jadi bukit".  
 
Janganlah sesekali kita lokek untuk meminjamkan wang kepada orang yang dalam kesusahan. Menabung akan menjadikan kita berdisiplin seperti menyimpan wang ditempat yang selamat. Kita boleh menyimpan wang di dalam bank ataupun tabung. Wang yang disimpan itu membolehkan kita bersedekah dengan memberikannya kepada fakir miskin,anak yatim mahupun masjid.  
 
Hadirin sekalian,  
 
Kita perlu mengajar anak-anak kita menabung sejak kecil lagi. Ini akan menjadikan anak-anak kita berjimat-cermat. Menabung menjadikan seseorang hidup selesa. Janganlah kita sia-siakan pengorbanan ibubapa kita dengan memonteng sekolah  
dan jadilah orang yang berguna bukan sampah masyarakat.  
 
Setakat ini sahaja syarahan saya pada pagi ini.    Akhir kata,  
menabung adalah amalan mulia. Bukan itu sahaja, kita perlu bijak menggunakan wang dalam hidup kita .  
 
Sekian terima kasih.
 

iecha, (2014-08-31 02:15)
karangan yg mantap
 
Submit a comment:

Name