Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara-cara menjadi anak yang baik, by siti aishah binti azman
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang siti aishah binti azman
Title:cara-cara menjadi anak yang baik
2014-08-31 01:30
     Seorang anak bercita-cita menjadi anak yang baik kepada ibu dan bapanya. Ini kerana ibu bapa telah banyak menolong mereka pada waktu yang mereka sedar ataupun tidak. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi anak yang baik.  
     Cara yang pertama ialah kita haruslah mentaati ibu dan bapa. Mentaati ibubapa merupakan perkara yang wajib kita lakukan untuk menjadi anak yang baik. Kita tidak boleh membantah, mengingkari dan melanggar arahan mereka. Janganlah kita menderhakakan kata-kata mereka. Jika kita menderhakakepada mereka, maka tergurislah hati kecil mereka. Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.  
     selain itu, kita perlu menjaga tingkah laku agar maruah keluarga kita terpelihara.Anak-anak seharusnya menjaga tingkah laku mereka daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga. Kita tidak sepatutnya melakukan perkara    yang tidak bak seperti mempunyai masalah disiplin di sekolah kerana ibu bapalah yang akan dipersalahkan.Maruah ibu bapa kita akan tercemar.  
     Di samping itu, haruslah menolong ibu bapa kita didalam pekerjaan mereka.Anak perempuan haruslah menolong ibu mereka denga menolomg mereka dengan kerja rumah. SEperti mencuci pinggan , mencuci baju, melipat kain dan sebagainya. Bagi anak lelaki , mereka pula haruslah menolong bapa mereka dengan membersihkan rumah dan mencuci kereta.  
     konklusinya, mentaati ibu bapa, menjaga maruah keluarga dan menolong ibu bapa adalah cara-cara untuk anak tersebut menjadi anak yang Berjaya dan berakhlak mulia.
 

anas pro, (2018-08-20 01:52)
bagus betul
 
izhar, (2018-08-20 01:37)
Bagus
 
izhar, (2018-08-20 01:36)
Bagus
 
HAZIQ, (2018-08-20 01:30)
Sangat bagus.  

 
siti aishah , (2014-08-31 01:35)
apakah komen anda terhadap karangan saya? Saya harap anda semua yang telah membaca karangan saya dapat memperoleh idea yang bernas terhadap karangan saya
 
Submit a comment:

Name