Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Kemerdekaan Hits: 13609 , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: Sambutan Kemerdekaan Hits: 13609
2014-08-30 02:06
Pada saat kegembiraan mengecapi nikmat merdeka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sedar yang ia kini akan berhadapan dengan cabaran paling besar iaitu mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Negara terpaksa berdikari menggunakan segala sumber negara yang ada dengan sebaik mungkin bagi mengisi kemerdekaan yang telah dicapai. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam ucapannya di radio pada 8 Julai 1957, 'marilah kita sambut hari kemerdekaan dengan ramai meriah supaya akan terjalin di dalam sejarah kita, suatu peringatan yang murni iaitu kemerdekaan yang kita peroleh ini tidak dengan menumpahkan darah'.  
 
Langkah terawal kerajaan ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang erti kemerdekaan. Ini bagi menangkis pelbagai desus-desus dan dakyah yang timbul berikutan kemerdekaan negara. Program penerangan ini diharapkan dapat memupuk perasaan mehibah antara kaum supaya kemakmuran dan faedah yang jitu daripada kemerdekaan negara dapat dinikmati bersama. Dalam pada itu, sebagai sebuah negara yang akan memperoleh kemerdekaan, penonjolan identiti negara amat penting diberi penekanan. Melalui inisiatif Tunku Abdul Rahman, lagu kebangsaan negara telah dicipta dan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta dan dikibarkan pada tahun 1950, telah diterima pakai sebagai bendera rasmi. Beberapa prasarana fizikal juga dibina serentak dengan persiapan-persiapan untuk menyambut kemerdekaan.  
 
Ekoran daripada usaha kerajaan untuk mendapatkan lokasi yang paling sesuai untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara, stadium yang sedang dirancang pembinaannya untuk kegiatan sukan sejak tahun 1955 menjadi lokasi yang terbaik. Stadium yang menelan belanja mencapai 2.3 juta dinamakan Stadium Merdeka yang telah dirasmikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum upacara pengisytiharan kemerdekaan negara.  
 
Untuk membiayai sebahagian acara perayaan sambutan kemerdekaan negara yang telah dirancang,    sebuah tabung yang dinamakan Tabung Perayaan Merdeka telah ditubuhkan oleh kerajaa. Terdapat pelbagai cara digunakan untuk tujuan kutipan derma ini. Di Parit, Perak, misalnya, persembahan sandiwara telah diadakan di seluruh kampung. Malah sijil kemerdekaan yang berharga $5 dan $10 setiap satu turut dikeluarkan.  
 
Siaran-siaran radio saban hari menyiarkan pelbagai lagu-lagu kebangsaan dan patriotik yang baru dicipta oleh penggubah lagu khusus untuk sambutan hari kemerdekaan. Lagu-lagu seperti Hari Kemerdekaan,    Melayu Raya, dan Saat Bahagia adalah antara lagu yang kerap disiarkan. Keghairahan orang ramai yang ingin menyambut kemerdekaan negara dapat dilihat apabila tiket-tiket Keretapi Tanah Melayu habis ditempah. Malah Hotel Federal yang baru dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 26 Ogos juga telah penuh ditempah. Pegawai dan kakitangan kerajaan turut menerima gaji seminggu lebih awal bagi memberi peluang kepada mereka untuk merayakan hari kemerdekaan. Bagi pekerja-pekerja kilang, ladang dan lombong, cuti bergaji diberi pada 31 Ogos supaya mereka dapat turut bersama dalam perayaan bersejarah itu.
 

Melissa, (2015-12-22 14:04)
Dear Freda:First, I want to thank all our friends who vote with what they buy. Without their fathfiul supports, Third Place will not even exist. Third Place will have her historical significance in Taiwan's Salon and Spa industry.Third Place is the first Salon and Spa in Taiwan that don't use fear based and distrust based Commission System to reward hairstylists or Spa aestheticians. People told me that I am crazy to trust young hairstylists will work for non-commission. All hairstylists got into this profession for money, not for their passion or service from heart. I just want to prove to them that they are wrong. People want to be trusted and wanted to participate in something larger than themselves. Of course, we have a merit based salary with open book management and 20% profit sharing and a different career paths for all our hairstylists. They can open their own salons and stay within our network, they can become a teacher at Canmeng Institute or they can be a happy hairstylists who practice Daymaking everyday with their best friends ( guests ). Hairstylist is a beautiful and rewarding profession if you decided not to put money in the center of your career path. In Canmeng, we are trying to create a new beauty industry which is not built on commission, but on lifestyle choice and Daymaking. Time really flies, especially, during our age.I intend to focus my time on Ripplemaker Foundation starting in 2013.Ripplemaker Foundation's mission is to help people to realize their dream through entrepreneurship. I firmly believe people don't need charity, people just need chance.In many ways, Ripplemaker Foundation is like a Profit for Purpose ( PFP ) business. Ripplemaker Foundation will be financed completely by my own efforts, not seeking any donation or government fund. I think this is the problem for most NPO who needs donors, sponsors and grants to survive. I think PFP business is the next phase, in addition to the buzz business model: Social Business or Social entrepreneur.If you read my book or search this blog, you will find the origin and the evolution of this PFP Business model.Well, I am going to put it into experiment now. ( Red Room is actually a kind of PFP business model already, if you look closely. )Thank you for your well wishes. I shall need it.Ping
 
Submit a comment:

Name