Welcome!

Contoh Karangan UPSR: .Kebaikan menyertai pertubuhan sukarela, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:.Kebaikan menyertai pertubuhan sukarela
2014-08-30 01:51
Pertubuhan sukarelawan boleh diseertai oleh pelbagai golongan, usia, kaum, dan agama. Di negara ini terdapat banyak persatuan sukarela untuk disertai oleh rakyat Malaysia. Antara contoh pertubuhan sukarela itu ialah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Askar Wataniah. Ada banyak kebaikan menyertai pertubuhan sebegini.  
 
Penglibatan remaja atau belia dalam pertubuhan ini menjadikan seseorang itu boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Maknanya, remaja yang menyertai pertubuhan sebegini mampu menghindarkan diri daripada terbabit dalam gejala negatif. Maka, remaja mampu memiliki masa lapang yang dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.  
 
Malah, remaja yang menyertai pertubuhan ini boleh membantu orang lain ketika bencana seperti banjir dan kebakaran berlaku. Malang sukar untuk diramalkan jadi remaja yang ada kemahiran sebegini sudah pasti boleh mengurangkan kesusahan yang dialami oleh mangsa bencana tersebut. Jelaslah, pertubuhan sukarela menjadikan remaja mampu menghulurkan bantuan kepada masyarakat umum.  
 
Selain itu, remaja juga mampu melatih diri mereka menjadi orang yang berdisiplin apabila menyertai pertubuhan sebegini. Pertubuhan sukarela mempunyai peraturan dan latihan yang tertentu. Semua perkara ini memerlukan disiplin yang tinggi daripada diri remaja untuk satu tempoh yang panjang. Sesungguhnya, remaja akan menjadi lebih baik dirinya menerusi pembabitan dalam pertubuhan sebegini.  
 
Pertubuhan sukarela juga membolehkan remaja melihat tempat orang dan meluaskan pengetahuan mereka tentang kehidupan. Pelbagai lawatan dan usaha menghulurkan bantuan akan dianjurkan oleh pertubuhan sebegini. Keadaan ini akan memberikan satu pengalaman yang berharga buat seseorang remaja itu. Jelaslah, remaja akan mampu belajar tentang kehidupan dengan lebih baik.  
 
Kesimpulannya, pasukan sukarela memang memberi banyak impak positif kepada remaja. Ajaran agama juga menuntut agar masyarakat menghulurkan bantuan kepada    individu yang memerlukannya. Remaja yang menyertai pertubuhan sebegini akan mampu melihat satu perubahan drastik berlaku dalam peribadi mereka.  
 

 

Yamnisha RaviKumaran, (2014-08-30 01:52)
wow super...<3
 
Submit a comment:

Name