Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Memancing Di Sungai, by Anatasia Polycarp
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Anatasia Polycarp
Title:Pengalaman Memancing Di Sungai
2014-08-30 00:31
    Aku dan Akil tinggal berjiran.Hubungan kami sangat akrab.Kami berdua juga mempunyai hobi yang sama iaitu memancing ikan.  
    Pada suatu hari,Aku dan Akil telah merancang untuk memancing ikan di sungai berdekatan.Seperti yang dijanjikan,pada pagi Sabtu kami pun membawa peralatan memancing seperti joran dan umpan ke lokasi yang telah ditetapkan.  
    Sebaik-baik sahaja kami tiba di lokasi,aku dapati banyak kanak-kanak sedang mandi-manda di sungai tersebut.Aku mencadangkan kepada Akil supaya mencari tempat yang lebih sesuai dan jauh daripada suasana yang hingar-bingar kanak-kanak itu.kami meletakkan peralatan dibawah sepohon pokok cermai dan terus melabuhkan piunggung untuk memancing.  
    Lokasi yang kami pilih memang tepat.terdapat pelbagai jenis ikan yang kami dapat.Antaranya,ikan lampam,ikan tilapia dan ikan puyu.Hampir tidak menang tangan kami dibuatnya.Tanpa kami sedari,matahari sudah tegak diatas kepala.Ketika kami hendak pulang,tiba-tiba kail Akil ditarik sesuatu.Akil mencuba menarik pancingnya tetapi tidak berjaya.  
    Akil masih terkial-kial menarik pancingnya,aku mencuba membantu tetapi gagal.Tiba-tiba,Akil tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.Dia berusaha berenang ke tebing tetapi tidak berjaya kerana arus sungai semakin deras.Aku cuba menghulurkan joranku untuk dicapai olehnya,tetapi gagal.Aku segera menjerit untuk meminta pertolongan.  
    Jeritanku telah didengari oleh seorang pemuda.Dia bergegas terjun ke dalam sungai dan menarik Akil ke tebing.Akil berjaya diselamatkan.Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.Sejak hari itu,kami berdua lebih berhati-hati apabila memancing di sungai tersebut ..
 

anatasia polycarp, (2017-02-06 21:59)
+90909 weiii ape?
 
90909, (2014-08-30 01:52)
boooo
 
Submit a comment:

Name