Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Jam Tangan, by Nurul Asyiqin Binti Nor Kamarul Azuar.
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nurul Asyiqin Binti Nor Kamarul Azuar.
Title:Aku Sebuah Jam Tangan
2014-08-29 23:44
     Aku sebuah jam tangan.Namaku ice watch,aku dilahirkan di sebuah kilang jam tangan yang terletak di Batu Gajah,Perak.Badanku diperbuat daripada kaca,besi,perak dan berlian.  
 
     Setelah aku siap,aku diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna merah.Aku kelihatan sungguh cantik dan menarik.Aku akan buat orang tertarik pada diriku.  
 
     Aku dan rakan-rakanku yang lain dimasukkan ke dalam lori yang yang mengangkut pelbagai jenis perhiasan yang lain.Keadaan di dalam lori itu gelap gelita.Setelah beberapa jam perjalanan,akhirnya lori itu berhenti.  
 
     Tiba-tiba,aku dan rakan-rakanku diangkut keluar oleh salah seorang pekerja.Aku diletakkan di hadapan sebuah kedai    yang menjual jam tangan.Beberapa minit kemudian,aku diangkat oleh pemilik kedai jam tangan tersebut.Aku dipamerkan bersama-sama dengan beberapa jam tangan yang lain.  
 
     Beberapa hari kemudian,seorang pemuda datang ke kedai jam dima na aku dipamerkan.Dia ingin membeli jam tangan baru untuk menggantikan jam tangannya yang lain.Dia mula menghampiri dan membelek-belekku dia kemudiannya membelek-belek rakan-rakanku yang lain untuk memuaskan cita rasanya..Akhirnya,dia membeli ku dengan harga RM300.  
 
     keesokan harinya,pemuda yang kini menjadi tuanku memakai aku ke sekolahnya.Dia menunggang sebuah basikal ke sekolahnya.Aku berasa gembira kerana ia menjagaku dengan baik dan tidak akan merosakkan ku.
 

Submit a comment:

Name