Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah buku, by airil
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah airil
Title:aku sebuah buku
2014-08-27 15:05
Aku sebuah buku rujukan. Aku diperbuat daripada kertas. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Di sana, aku menemui banyak rakan. Setelah beberapa lama dilahirkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu aku dimasukkan ke dalam sebuah van.  
 
Aku dibawa ke segenap ceruk rantau Malaysia. Tidak lama kemudian, aku dibawa ke sebuah kedai buku. Di sana, aku menemui rakanku semula. Aku disusun rapi di atas sebuah rak buku di kedai buku itu.  
 
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan datang ke kedai buku itu. Dia melihat aku dari pintu kedai itu lalu mendekati aku. Dia membelek-belek tubuhku. Begitu juga dengan rakan-rakanku. Akhirnya,dia membeli aku. Aku diletakkan didalam plastik dan dibawa pulang.  
 
Sampai sahaja di rumah, tuanku terus membalut kulitku menggunakan pembalut buku. Kemudian, dia membacaku. Aku pun menunjukkan kebolehanku dengan memberinya pengetahuan yang dalam. Dia benar-benar berpuas hati setelah membacaku.  
 
Pada keesokan harinya, aku dibawa ke sekolah tuanku. Aku ditunjukkan kepada rakan-rakannya. Dia berasa sangat bertuah kerana memilikku. Aku selalu digunakan oleh tuanku untuk membuat rujukan.  
 
Semakin lama khidmatku tidak perlukan lagi kerana tuanku sudah mempunyai komputer. Di dalam komputer itu pula mengandungi internet yang memberi banyak maklumat terhadap tuanku. Aku sudah tidak diperlukan lagi oleh tuanku. Aku diletakkan di dalam sebuah almari buku dan tuanku tidak membacaku lagi.
 

Submit a comment:

Name