Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Menyelamatkan Mangsa Kemalangan, by Ika
Contoh Karangan UPSR
Name:Ika
Title: Pengalaman Menyelamatkan Mangsa Kemalangan
2014-08-26 15:16
Pada suatu hari, sewaktu aku pulang dari sekolah, hujan turun renyai-renyai. Aku mempercepatkan langkah agar cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat di belakangku.  
Aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, sebuah kereta telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Aku berlari ke tempat kejadian dan mendapati kereta yang terlibat dalam kemalangan itu rosak teruk. Pemandu kereta itu pula pengsan dan kepalanya berlumuran darah kerana terhantuk pada stereng kereta.  
Aku berlari sepantas kilat mencari pondok telefon dan mendail nombor balai polis dan ambulans. Kemudian, aku pergi semula ke tempat kejadian. Mujur ada seorang pemuda lalu di kawasan itu. Komi bersama-sama mengeluarkan mangsa kemalangan itu dari kereta.  
Beberapa minit kemudian, pihak polis dan ambulans pun tiba. Mereka mengangkat mangsa kemalangan itu ke dalam ambulans. Aku memberikan maklumat tentang kemalangan itu kepada pihak polis. Anggota polis itu mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang aku berikan.  
Setelah itu, aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Aku berasa gembira kerana dapat membantu pemandu yang malang itu. Pengalaman ini akan aku ingat sampai bila-bila.  

 

Submit a comment:

Name