Welcome!

Contoh Karangan UPSR: UCAPAN TERIMA KASIH , by NADIAH BINTI AZMI
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak NADIAH BINTI AZMI
Title:UCAPAN TERIMA KASIH
2014-08-25 14:06
                Yang berusaha Guru Besar SK Seri Siakap guru-guru dan rakan-rakan.Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada pagi ini.  
 
                Saya berasa gembira kerana dilantik sebagai ketua darjah bagi Kelas 6Bestari.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan kerana memilih saya sebagai ketua darjah.  
 
                Saya terharu kerana diberi kepercayaan menjawat jawatan ini.Saya berpendapat ada rakan-rakan lain yang lebih layak.Tugas sebagai ketua darjah sangat mencabar.  
 
                Saya mengharapkan kerjasama daripada rakan-rakan untuk menjalankan tugas ini.Kita akan sama-sama akan menjaga kebersihan dan kebajikan kelas kita.  
 
                Saya juga berharap agar rakan-rakan dapat menjaga nama baik kelas kita.Saya ingin menyeru semua rakan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya perlajaran.  
 
                Saya juga berharap agar guru-guru dapat memberi tunjuk ajar.Sokongan dan kerjasama daripada semua rakan dan guru-guru amat saya hargai.Saya berjanji akan menjalankan tugas yang diamanahkan.  
 
                Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan guru-guru sekolah.Sekian,terima kasih.
 

Submit a comment:

Name