Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah jam tangan, by unknown
Contoh Karangan UPSR
Name:unknown
Title:aku sebuah jam tangan
2014-08-25 01:31
         Aku sebuah jam tangan.Namaku Nakio ,aku dilahirkan di sebuah kilang jam tangan yang terletak di Shah alam,Selangor.Badanku diperbuat daripada kaca ,besi ,perak dan berlian.  
        Setelah aku siap,aku diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna biru.Aku kelihatan sungguh cantik.  
        Aku dan rakan-rakanku yang lain dimasukkan ke dalam sebuah lori yang mengangkut pelbagai jenis perhiasan yang lain.keadaan di dalam lori itu gelap gulita .Setelah beberapa jam perjalanan , akhirnya lori tersebut berhenti.  
        Tiba-tiba , aku dan rakan-rakanku diangkut keluar oleh salah seorang pekerja.Aku diletakkan di hadapan sebuah kedai yang menjual jam tangan.Beberapa minit kemudian, aku diangkat oleh pemilik kedai jam tangan tersebut.Aku dipamerkan bersama-sama dengan beberapa jam tangan yang lain.Beberapa hari kemudian,seorang pemuda datang ke kedai jam di mana aku dipamerkan .Dia ingin membeli jam tangan baru untuk menggantikan jam tangannya yang lama .Dia mula memghampiriku dan membelek-belekku dia kemudiannya membelek-belek rakanku yang lain untuk memuaskan cita rasanya .Akhirnya ,dia membeli ku dengan harga RM300.  
         Keesokan harinya,pemuda yang kini menjadi tuanku memakai aku ke sekolahnya .Dia menunggang sebuah basikal ke sekolahnya .
 

Submit a comment:

Name