Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah beg, by fatin norhazwani
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah fatin norhazwani
Title:aku sebuah beg
2014-08-23 01:56
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shanghai,China.Aku dibawa ke Malaysia dengan sebuah kapal kargo.perjalanan sangat jauh dan meletihkan tubuh badanku.  
     Setelah tiba di Pelabuhan Klang,beberapa orang pegawai kastam telah memeriksa tubuh badanku dengan teliti.Mereka khuatir jika terdapat barangan terlarang di dalam jasadku.Kemudian,aku pun dihantar ke sebuah pasar raya terkemuka di ibu kota.  
     Tauke pasar raya itu memuji aku bersama-sama rakanku dihadapan pasar raya.Wajahku juga terpampang pada dinding pasar raya,Aku berasa sungguh bangga.  
     Hampir setiap hari,ramai pelanggan yang datang menguji kehebatan diriku.Merka menarik,menolak dan mengusungku ke sana ke sini.Tidak ramai yang berani memilikiku kerana hargaku lebih mahal berbanding rakan-rakanku yang lain.  
     Pada suatu petang, datang sepasang suami isteri hendak membeli hadiah untuk anak perempuan mereka.Mereka membayar hargaku di kaunter lalu membawa aku pulang ke rumah.  
     Tuan aku berasa sungguh puas hati dapat memilikiku kerana aku menjadi idaman kanak-kanak.Ramai rakan-rakannya yang mempamerkan kecantikan diriku ketika dia membawa aku ke sekolah.Aku bukan sahaja dapat memikul banyak buku,malahan aku juga dilengkapi dengan jam digital dan roda demi keselesaan tuan aku.
 

ain aliyah, (2014-08-29 00:32)
bagus3
 
siti atikah, (2014-08-24 15:02)
sangat best
 
Submit a comment:

Name