Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sang Buaya Yang Tidak Kenang Budi , by Q Nur Aqila Q
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Q Nur Aqila Q
Title:Sang Buaya Yang Tidak Kenang Budi
2014-08-20 14:18
    Sang Buaya berehat di bawah sebatang pokok di tepi    sungai. Tiba-tiba dahan pokok jatuh lalu menghempak badan Sang Buaya. Sang Buaya menjerit meminta tolong dan jeritannya itu didengar oleh Sang Kerbau yang sedang meragut rumput di situ.  
 
    Tanpa membuang masa,Sang Kerbau terus menuju ke arah Sang Buaya.Sang Kerbau meenggunakan tanduknya untuk mengangkat dahan menghempap badan Sang Buaya.Setelah Sang Kerbau berjaya mengangkat kayu itu,tiba-tiba Sang Buaya menggigit kaki Sang Kerbau.Sang Kerbau menjerit meminta pertolongan.  
 
    Sang Kancil yang berjalan di situ ketika itu,segera menuju ke arah Sang Buaya dan Sang Kerbau.Sang Kancil yang berfikir cara untuk melepaskan kaki Sang Kerbau daripada gigitan Sang Buaya.Sang Kancil tidak percaya apabila mendengar Sang Kerbau mampu mengangkat dahan yang besar itu.  
 
    Sang Kancil menyuruh Sang Kerbau mengangkat dahan itu semula untuk membuktikan Sang Kerbau mampu melakukannya.Sang buaya setuju dan melepaskan kaki sang Kerbau.Selepas Sang Kerbau meletakkan semula dahan itu di atas Sang Buaya,Sang Kancil dan Sang Kerbau pun beredar mininggalkan Sang Buaya kerana lupa daratan.    
 

zaida, (2014-08-22 14:11)
buat lagilah aku nak baca lagi ko punya karangan .
 
zaida, (2014-08-22 14:10)
buat lagilah aku nak baca lagi ko punya karangan .
 
Submit a comment:

Name