Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KUTIPAN DAN DERMA, by NATASYA DAN AIN
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan NATASYA DAN AIN
Title:KUTIPAN DAN DERMA
2014-08-20 14:12
      
    Pada pagi itu,tanpa membuang masa,Nurul mengatur langkah  
serta merancang mengadakan kutipan dan derma kilat daripada  
murid-murid yang lain.Sebelum berbuat demikian,Nurul dan Aisya  
akan meminta persetujuan daripada guru kelas mereka dan guru  
terlebih dahulu.  
      
    Setelah memberitahu niat mereka,cikgu Zainuddin bukan sahaja  
bersetuju,malahan memuji langkah yang dilakukan.  
 
    'Rancangan kamu bagus dan perlu disegerakan.Pihak guru  
dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat.Memang  
baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta' kata cikgu Zainuddin.  
 
    Kata -kata Guru Besar itu merangsang Nurul dan Aisya untuk  
membuat kutipan, mereka tidak menghadapi masalah.Semua murid  
memberi kerjasama.Setelah mengira kutipan,mereka berjaya  
mengumpul sebanyak RM200.Wang yang diderma oleh murid-murid,      
guru-guru dan para-para pekerja itu diserahkankepada guru  
kaunseling mereka iaitu Cikgu Hamidah.  
 
    Sewaktu perhimpunan pagi,setelah menyampaikan amanatnya,  
Cikgu Zainuddin menasihati murid -murid agar mencotohi  
Aisya dan Nurul.Mereka murid yang prihatin.Aisya dan Nurul  
kemudian dipanggil ke hadapan.Guru Besar menyerahkan  
sekeping sampul surat kepada mereka.Setelah itu Cikgu Azman  
pun dipanggil ke hadapan.Nurul diminta menyampaikan sampul  
surat itu.  

 

Submit a comment:

Name