Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kutipan dan derma kilat , by Nurul Izzah Bt Abdul Aziz
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nurul Izzah Bt Abdul Aziz
Title:Kutipan dan derma kilat
2014-08-20 14:08
         Pada pagi itu, tanpa membuang masa, Nurul mengatur langkah serta merancang mengadakan kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, Nurul dan Aisyah akan meminta persetujuan daripada guru kelas mereka dan Guru Besar mereka.  
 
         Setelah memberitahu niat mereka, Cikgu Zainuddin bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang dilakukan.  
 
         ''Rancangan kamu bagus dan perlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,'' kata Cikgu Zainuddin.  
 
         Kata-kata Guru Besar itu merangsang Nurul dan Aisyah untuk membuat kutipan itu menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama. Setelah mengira kutipan, mereka berjaya mengumpul sebanyak RM200. Wang yang diderma oleh murid-murid, guru-guru dan para pekerja itu diserahkan kepada guru kaunseling mereka iaitu Cikgu Hamidah.  
 
         Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Cikgu Zainuddin menasihati murid-murid agar mencontohi Aisyah dan Nurul. Mereka murid yang prihatin. Aisyah dan Nurul kemudian dipanggil ke hadapan. Guru Besar menyerahkan sekeping sampul surat kepada metreka. Setelah itu Cikgu Azman pun dipanggil tampil ke hadapan. Nurul diminta menyampaikan sampul surat itu.  
 
         Nurul dan Aisyah kelihatan tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Azman. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh anak Cikgu Azman ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
 

Submit a comment:

Name