Welcome!

Contoh Karangan UPSR: BERKELAH DI TEPI PANTAI, by SARVESH S/O SUBRAMANIAM
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor SARVESH S/O SUBRAMANIAM
Title:BERKELAH DI TEPI PANTAI
2014-08-20 01:43
Pada 25.05.2014 bersamaan dengan hari Isnin yang lepas,saya sekeluarga berkelah di tepi pantai Port Dickson.Pantai itu terletak di Negeri Sembilan.Kami pergi ke sana dengan menaiki motokar ayah berjenama BMW.Kami bertolak dari kediaman tepat pukul 8:30pagi.Kami ke sana untuk bersantai dan menenagkan fikiran.  
                          
            Sebelum beredar dari rumah,saya dan adik bongsu telah memasukkan pelampung,kamera dan pakaian renang ke dalam kereta.Bukan itu sahaja,ibu dan kakak sulung pula sibuk menyediakan bekalan seperti nasi goreng,kuih karipap,sandwic dan sup cendawan untuk dimakan pada waktu tengah hari.Pada masa yang sama,ayah memeriksa keadaan kereta untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa.  
 
            Dalam perjalanan ke pantai,kami berpeluang untuk melihat pelbagai panorama indah nian seperti bukit-bukau yang mencecah langit,air sungai mengalir dengan deras dan kawasan sawah padi terbentang luas.Bukan itu sahaja ayah memandu kereta sambilmenasihati kami supaya tekun mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan akhir tahun.Bak kata sediakan paying sebelum hujan.Perjalanan kami bengkang bengkok seperti ular kena palu.Saya berasa pening-pening lalat.Semua kenderaan hiruk pikuk dan lalu lalang.  
 
             Kami selamat sampai di destinasi kira kira 10:30pagi.Kami mendapati banyak pengujung membanjiri pantai Port Dickson.Maklumlah hari itu merupakan cuti umum.Cuaca pada hari itu sungguh cerah dan angin bertiup sepoi sepoi bahasa.Saya dapat menghirup Udara yang segar.Sekawan burung terbang dengan bebas di awam manakala dua buah kapal besar sedang belayar di tengah laut.  
 
                Tanpa membuang masa,kami mengeluarkan semua barang dari kereta semetara ayah pula membentangkan sebidang tikar mengkuang di bawah sebatang pokok yang rending.Kemudian,saya dan adik segera menyalin pakaian lalu terus lari anak-anak menuju pantai.Badan kami mengigil kerana air pantai yang kebiru biruan itu amat sejuk dan jernih.Ayah menasihatikami agar menggunakan pelampung ketika bermand manda di pantai kerana malang tidak berbau.  
 
             Pada masa yang sama,adik perempuan saya yang comel pula melonggok pasir dan membina sebuah istana pasir dengan kreatif di pinggir pantai.Kakak saya yang takut untuk berenang sibuk mengutip kulit siput di gigi pantai untuk membuat folio Kajian Tempatan.Disamping itu, ayah saya mengambil gambar kami untuk disimpan sebagai kenangan manis.Bukan itu sahaja,beberapa orang kanak kanak asyik mengejar anak ketam di tepi pantai sambil diperhatikan oleh ibu bapa mereka.  
 
                Biarpun demikian,kedua dua orang tua saya duduk di pangkal pokok sambil membaca surat khabar untuk mengetahui isu isu semasa.Setelah dua jam berendam di air laut,perut kami mula berkeroncong.Kami makan hidangan yang dibawa dari rumah dengan membaham kerana terlalu lapar.  
 
                 Menjelang senja,kami mengemas barang dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang ke Shah ALam.Saya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan pantai.Walaupun berasa letih,kami tetap berpuas hati dan gembira kerana dapat meluang masa dengan cara yang berfaedah.Seribu satu pengalaman manis yang diperoleh ketika berkelah di tepi pantai kekal kukuh dalam ingatan saya buat selama lamanya.
 

sarvesh.vishwakarma., (2015-07-13 22:39)
123456
 
sarvesh.vishwakarma, (2015-07-13 22:38)
123456
 
sarvesh.vishwakarma, (2015-07-13 22:37)
123456
 
SARVESH S/O SUBRAMANIAM, (2015-07-08 14:24)
Bak kata sediakan payung sebelum hujan  
Bermandi manda
 
Thanishan, (2014-12-03 22:11)
GOOD WORK ! :)
 
Submit a comment:

Name