Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Datang ke sekolah baharu , by Nurul Izzah Bt Abdul Aziz
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nurul Izzah Bt Abdul Aziz
Title:Datang ke sekolah baharu
2014-08-16 18:48
            Pada awal pagi yang dingin, ibu telah mengejutkan aku untuk bersiap-siap ke sekolah. Tanggal 2 Januari 2007 adalah hari yang paling bersejarah dalam hidupku. Hari ini merupakan hari pertama aku melangkah ke sekolah baru. Tahun inilah yang akan menentukan kejayaanku dalam UPSR. Setelah memakai uniform lengkap , aku bersarapan bersama-sama dengan ibu dan ayah.  
 
            Aku ditemani oleh ibu dan ayah melangkah ke pekarangan sekolah yang sangat asing bagiku. Aku sanggup meninggalkan kemudahan bandar untuk meneruskan perjuanganku di sini kerana mengikut ayah yang telah dinaikkan pangkat sebagai pentadbir di sebuah sekolah menengah yang berhampiran. Apabila semua urusan pendaftaran telah bselesai, kedua-dua orang tuaku beredar ke tempat kerja mereka.  
 
            "Zafran, jaga diri dan belajar rajin-rajin. Jangan lupa, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak," pesan ibu sebelum meniggalkan aku di dalam kelas 6 Bestari.  
 
            "Saya Hazrul. Awak?" sapa Hazrul sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku.  
 
            "Saya Zafran, murid baru kelas ini," Jawabku lalu menyambut tangannya tanda perkenalan. Aku duduk bersama Hazrul di barisan tengah.  
            Cikgu Hamzan masuk ke kelas memperkenalkan dirinya. Beliau guru pakar dalam mata pelajaran Matematik dan guru kelas 6 Bestari. Sebelum memulakan pengajarannya, beliau meminta seorang ketua darjah dan seorang penolong ketua darjah untuk mengurus kelas kami.  
 
         "Saya mencadangkan Zafran sebagai ketua kelas, cikgu," cadang Hazrul sambil berdiri. Aku tergamam seketika. Semua murid mengangkat tangan tanda bersetuju dan menyokong cadangan Hazrul. Mereka bersetuju sebulat suara melantik aku sebagai ketua kelas 6 Bestari. Manakala Fatin Nadia diumumkan sebaagai penolong ketua kelas. Aku diminta menyampaikan ucapan sepatah dua kata sempena perlantikan tersebut. Aku berharap semoga rakan-rakan memberi kerjesama dan membantu dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aku mesti berjanji akan menjalankan kewajipanku dengan penuh dedikasi.  
 
            Sebelum pulang, rakan-rakan sekelasku yang lain mengucapkan tahniah kepadaku. Mereka bersedia membantu dan menolongku kerana aku murid baru di sekolah ini. Aku juga berazamkan akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Aku akan membuktikan kepada rakan-rakanku di bandar bahawa kejayaan ada di mana-mana.  
 
            "Bagaimana dengaan hari pertama di sekolah baru?" tanya ibu sewaktu menjemputku pulang dari sekolah. Aku tersenyum.
 

, (2014-08-16 22:37)
no  

 
Submit a comment:

Name