Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman hari kemerdekaan di sekolah , by Puteri Arriana
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Puteri Arriana
Title:pengalaman hari kemerdekaan di sekolah
2014-08-15 22:46
                Tanggal 31 ogos 1957 merupakan hari sejarah negara Malaysia .  
Hari yang saya maksudkan itu ialah hari negara kita mencapai  
kemerdekaan ataupun hari merdekaan . Semua sekolah di Malaysia  
pasti menyambut Hari Kemerdekaan . Sekolah saya juga tidak  
terkecuali untuk menyambut haru tersebut .  
 
             Sejarah saya telah mengadakan pelbagai acara sebelum tarikh  
31 ogos . Aktiviti-aktiviti itu telah diadakan sepanjang bulan  
ogos . Antaranya ialah melukis poster , mewarna Jalur Gemilang  
dan macam-macam lagi .  
              
             Pada acara kemuncak pula , sekolah saya mengadakan acara  
penutup bagi Sambutan Hari Kemerdekaan . Pada hari itu juga  
guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang  
mengambil bahagian dalam acara-acara yang dijalankan yang sepanjang  
bulan ogos .  
 
            Pihak sekolah juga telah mengadakan acara berkawat bagi  
memeriahkan acara . Badan uniform sekolah berarak dari pintu  
pagar utama hingga ke padang .  
 
             Sambutan Hari Kemerdekaan sekolah saya diakhiri dengan nyanyian  
lagu patriotik . Saya berasa sangat gembira kerana sambutan ini  
talah mengingatkan saya dengan jasa-jasa parajurit negara yang  
berjuang mempertahankan negara pada suatu masa dahulu . Saya  
berasa bangga dengan perjuangan mereka .  
      
            Saya berharap agar hari kemerdekaan ini akan terus diingati .  
Semoha generasi yang akan datang dapat merasai pengalaman  
yang seronok ini .
 

Submit a comment:

Name