Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Bercuti Di Kampung, by Tan Jia Zheng
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Tan Jia Zheng
Title:Bercuti Di Kampung
2014-08-15 01:07
    Pada cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga bercuti di rumah datuk yang terletak di Kampung Tengah.Kami bercuti di kampung semasa tiga hari.Kami pergi dengan menaiki kereta bapa yang baru.Datuk menyambut kami dengan tangan terbuka.  
 
    Pada hari kedua,saya mengikuti datuk saya menoreh getah di kebun datuk saya.Terdapat banyak nyamuk dan bau yang kurang menyenangkan di sana .Namun begitu,saya terpaksa menolong datuk mengutip getah kering dari cawan.Hari ini merupakan pengalaman pertama saya bekerja di kebun.  
 
    Pada waktu petang,saya dan datuk menjala ikan di sungai di hujung kampung.Kami berjaya menangkap ikan yang besar.Nenek juga memasak ikan-ikan untuk makan malam.Saya juga menolong nenek memasak ikan.Masakan nenek saya sungguh lazat.Oleh itu,kami makan dengan gelojoh kerana kami sudah lapar.  
 
    Pada keesokan harinya,kami berkelah di air terjun yang berdekatan dengan rumah datuk.Kami pergi dengan mengayuh basikal.Airnya sangat jernih dan bersih.Pemandangan di sana sangat indah nian.Kami berpeluang bermandi-manda dengan girang hati.Kami merakam gambar sebagai kenangan dengan kamera digital.  
 
    Pada hari yang ketiga,saya berasa berat hati untuk meninggalkan datuk dan nenek.Saya berharap berpeluang bercuti di kampung datuk lagi.
 

amir, (2014-08-17 14:51)
Bgtfv btffvbn
 
Submit a comment:

Name