Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Banjir Kilat di Pekan Panchor, by fatin nuraini
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya fatin nuraini
Title: Banjir Kilat di Pekan Panchor
2014-08-13 22:14
MUAR,    30 November-Satu kejadian banjir    kilat    telah melanda Pekan Panchor, dekat sini petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu telah dinaiki air sedalam satu meter.  
 
                 Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air mula naik pada pukul 3 petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air melimpah kerana longkang yang tersumbat.  
Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama. Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat. Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah lumpur mengalir ke longkang.  
                 Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya termasuklah perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.  
                 Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku itu. Mereka juga kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana tidakbertanggungjawab.  
                 Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.    
 

Submit a comment:

Name