Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Rumah Saya, by Amerenthiran A.K.A The Booster
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Amerenthiran A.K.A The Booster
Title:Rumah Saya
2014-08-12 02:09
                    Saya sayangkan rumah saya.Ada perumpamaan yang mengatakan "Rumahaku Syurgaku".Perumpamaan ini amat sesuai untuk rumah saya yang dipenuhi dengan kasih sayang oleh keluarga saya.  
 
                    Rumah saya terletak di tengah kedamaian Kampung Batu 4.Rumah saya adalah sebuah rumah banglo satu tingkat.Pelan rumah ini dilukis oleh datuk saya.Banyak kenangan manis yang terpahat di rumah saya.  
      
                 Saya tinggal di rumah ini sejak saya dilahirkan.Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur,2 bilik mandi dan satu halaman yang amat luas.Terdapat sebatang pokok rambutan,guava,pisang,oren,mangga dan banyak lagi.Pokok-pokok ini disiram dua kali sehari oleh datuk saya.  
 
                    Saya selalu mengajak kawan saya datang ke rumah saya.Saya selalu bermain bola dengan mereka di padang kecil yang terdapat di halaman rumah saya.Saya selalu juga menangkap rerama yang terbang di sekeliling rumah saya.  
 
                    Saya juga rasa selamat apabila berada di rumah saya walaupun di sekeliling rumah saya tidak ada pengawal keselamatan.Kecurian atau kejadian pecah rumah tidak pernah berlaku di sini.Meskipun rumah saya tidak besar,saya berasa gembira kerana tinggal di rumah ini.
 

Muthu, (2017-05-08 04:28)
Hague!
 
aiman asyraaf, (2014-08-13 15:39)
Aku sepasang selipa.Namaku adidas aku dilahirkan disebuah kilang Selangor .
 
Submit a comment:

Name