Welcome!

Contoh Karangan UPSR: peristiwa yang tidak dapat di lupakan, by Qismuna Arina
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Qismuna Arina
Title:peristiwa yang tidak dapat di lupakan
2014-08-12 01:26
        Peristiwa itu berlaku ketika aku berada dalam tahun enam. Pada petang itu,selepas tamat kelas tambahan aku pulang ke rumah dengan menaiki basikal.Sesampai sahaja di rumah, aku terkejut kerana pintu rumah berkunci.  
 
 
         Aku melangut sendirian di atas kerusi batu yang dibeli oleh ayahku sambil memikirkan keadaan ibu bapaku.Senja semakin menjelang, perutku pula mula berkeroncong.Aku pergi ke pintu belakang dan mencuba untuk membukanya tetapi malang kerana pintu itu juga dikunci.Tiba-tiba,aku terdengar bunyi hon kereta.Aku berasa tidak sedap hati lalu aku menyorok di belakang rumah.Aku memerhati tindak-tanduk lelaki itu.Aku hairan kerana lelaki tersebut memakai baju yang dipakai ayahku.Rupanya lelaki tersebut ialah ayahku.  
 
              
         Ayah ternampak aku yang sedang mengendapnya.Lantas, ayah memanggilku.Ayah meminta aku mengangkat barang-barang di dalam kereta.Di dalam kereta terdapat sebuah kotak kek dan dua buah kotak besar yang bertulis Acer.Tiba-tiba,ayah menyuakan tangan sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadaku.Ayah menyatakan itulah     hadiah hari lahir untukku.Aku begitu terharu sekali.Aku terus memeluk ayah dan ibuku sambil mengucapkan terima kasih.Tanpa berlengah lagi,aku terus mengangkat kotak-kotak itu ke dalam rumah.      
 
     Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah dan ibu.  
 
     Peristiwa inilah yang menjadikan kenangan yang terindah dalam hidupku.Aku tidak dapat melupakan kenangan itu hingga sekarang.  
 
 

 

aliya perak, (2014-08-14 19:49)
nk tanya melangut tun apa
 
Submit a comment:

Name