Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Saya sebatang pokok kelapa., by Chea Xiao Ying
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Chea Xiao Ying
Title:Saya sebatang pokok kelapa.
2014-08-12 00:59
Saya ialah sebatang pokok kelapa.Saya ditanam pada tahun 2012.Selepas dua tahun ditanam,tuan saya berasa gembira kerana melihat saya berbuah.  
 
Buah saya berwarna kekuningan.Air di dalam buah saya boleh dijadikan minuman.Dengan adanya isinya yang tua ,dijadikan santan.Daripada santan itu boleh dibuat minyak dan lemak untuk masak.  
 
Tempurung buah kelapa saya boleh dijadikan barangan kraf tangan.Barangan kraf tangan tersebut akan diwarnakan supaya kelihatan cantik dan menarik.Pelancong akan membeli barangan kraf tangan tersebut untuk dijadikan buah tangan.  
 
Daun saya yang muda akan dijadikan sarung ketupat.Manakala daun yang tua dijadikan tikar.Barangan-barangn tersebut boleh dijual dengan harga yang berpatutan.  
 
Sekarang saya sudah tua dan kurang mengeluarkan buah.Akhirnya tuan saya menebang saya.Batang saya kemudiannya dijadikan titi untuk menyeberangi sungai.
 

Rossabella Desiree Fernandez, (2014-08-12 23:27)
sangat bagus bagi kami murid tahun enam .. nampak ringkas .. sangat menarik .. :)  

 
Submit a comment:

Name