Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Syarahan:Faedah Menabung, by cOCA cola!!!
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak cOCA cola!!!
Title:Syarahan:Faedah Menabung
2014-08-03 12:06
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.  
 
Hadirin sekelian,  
 
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk di simpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.  
 
Hadirin sekelian,  
 
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.  
 
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.      
 
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.  
 
Hadiri yang dihormati sekelian,  
 
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan mereka. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.  
 
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya.    Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.      
 
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.  
 
Sekian, Terima kasih.
 

armi, (2014-09-07 17:13)
kenapa 8 perenggan
 
saiful sufi, (2014-08-03 15:14)
seckdchkshdlksjdbsaljaslcjksk  
jbsdkshkschj  
lcscnskcdkc  
ls*- csldncsk  
sdnjskns  
ndcslhs]sks]'ckjs  
cs;cnjs  
]cls  
ckms  
*- cskc  
skc  
slkc  
sl  
l  
'  

 
Submit a comment:

Name