Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kegunaan komputer, by Adam
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Adam
Title:Kegunaan komputer
2014-07-17 14:32
Komputer sangat penting pada zaman yang serba moden ini. Komputer digunakan di rumah, di pejabat, mahupun di sekolah. Komputer memudahkan kita melakukan kerja.  
 
Kita boleh mencari maklumat dengan melayari daripada komputer. Selain daripada itu, kita dapat memperoleh maklumat dengan banyak dan cepat. Maka kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.  
 
Selain itu, Kita juga dapat menyimpan pelbagai maklumat di dalam komputer. Kita boleh menyimpan banyak maklumat di dalam fail-fail yang telah dinamakan pada "document". Oleh itu, kita tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan fail-fail penting.  
 
Di samping itu, kita juga boleh bermain permainan Internet dengan menggunakan komputer. Permainan Internet dapat melepaskan gelan.  
 
Komputer memang banyak kegunaannya kepada manusia. Namun, kita hendaklah bijak menggunakan komputer untuk tujuan kebaikan. Jangan menyalahgunakan komputer dengan melakukan perkara yang melanggar undang-undang.  
 

 

Submit a comment:

Name