Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan … (Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …”), by Muhammad amirul shafiq
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Muhammad amirul shafiq
Title:Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan … (Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …”)
2014-07-17 00:22
            Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan kutipan  dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.  
            Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan.  
            “Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin.  
            Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.  
            Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.  
            Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.  
            “Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik Tamrin.  
            Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.  
            Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh  suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
 

Submit a comment:

Name