Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kengunaan Pokok Kelapa, by AQILA @ NATRAH @ NATASYA
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan AQILA @ NATRAH @ NATASYA
Title:Kengunaan Pokok Kelapa
2014-07-16 14:16
    Pokok kelapa banyak terdapat dikawasan kampung-kampung dan ditepi pantai.Pokok ini merupakan tumbuhan yang berbuah sepang tahua.Dengan itu,pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada manusia.  
 
    Hampir setiap bahagian pokok kelapa boleh digunakan dalam aktiviti harian manusia.contohnya buah kelapa boleh dijadikan tabung.Tabung dihasilkan daripada tempurung kelapa yang ditebuk lubangnya dengan berhati-hati supaya tidak rosak.Tabung itu juga boleh dihias dengan melukis bahagian luar mengikut kreativiti masing-masing.  
 
    Selaing itu, air kelapa juga boleh diminum begitu sahaja atau dibuat jus kelapa yang dicampur dengan aiskirim.air kelapa juga mampu menyenbuhkan penyakit misalnya demam panas kerana air kelapa menyejukkan badan.oleh itu, air kelapa bukan sahaja sedap malahan boleh mengubat penyakit.  
 
        Daun kelapa juga boleh dibuat penyapu yang dikenali sebagai penyapu lidi.penyapu ini mempunyai keistimewaannya kerana murah,mudah dan berkesan.Penyapu lidi boleh digunakan untuk membersihkan di dalam rumah atau di luar rumah. Tambahan lagi,penyapu lidi lebih ringan berbanding penyapu moden yang lain.  
 
    Disamping itu,batang pokok kelapa yang panjang dan keras itu boleh dibuat titian.Titian kelapa lebih mudah dan murah berbanding dengan titi konkrit.Titian kelapa ini mudah didapati dikawasan bendang kerana para petani mengunakan titian kelapa untuk menyeberangi sungai ke kawasan bendang mereka.    
 

Submit a comment:

Name