Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SIKAP YANG JUJUR , by NUR SAMIRAH BINTI YAACOB
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan NUR SAMIRAH BINTI YAACOB
Title:SIKAP YANG JUJUR
2014-07-16 14:08
         Tiba-tiba ,aku ternampak sebuah dompet di tepi jalan .Aku    menyuruh rakan-rakanku berhenti di bahu jalan . Aku pun mengambil dompet berwarna coklat itu .  
         Aku mengambil dompet itu lalu membukanya perlahan -lahan .Rakan -rakanku terkejut apabila ternampak banyak duit dalam dompet itu .Mereka pun bercadang untuk mengambil duit itu tetapi aku melarang mereka kerana dompet itu bukanya milik kita .  
         Kemudian ,aku dan rakan -rakanku membelek-belek isi dompet itu dan terjumpa kad pengenalan .Rupa-rupanya ,dompet itu milik Cikgu Chong .Cikgu Chong mengajar kami bahasa inggeris dan matematik . Walaupun Cikgu Chong selalu memarahi kami tetapi tidak sampai hati untuk aku mengambil duit tersebut .  
         Tanpa membuang masa, kami pun mencari Cikgu Chong di pejabat .Mereka ternampak Cikgu Chong sedang berbual-bual dengan rakannya .Kami pun menghampiri Cikgu Chong dan menceritakan peristiiwa yang berlaku .Cikgu Chong terkejut    kerana beliau tidak sedar bahawa dompetnya terjatuh .  
         Cikgu Chong terus mengucapkan terima kasih kepada aku dan rakan-rakanku .Beliau menghulurkan duit berjumlah RM50 kepada aku dan rakan-rakanku , tetapikami menolak pemberian itu dengan sopan .  
        Kami berasa bangga dapat menyelamatkan dompet Cikgu Chong .Kami tidak menyangka apabila peristiwa itu telah diketahui oleh Guru Besar , beliau menganugerahkan sijil penghargaan kepada kami kerana kami telah menjadi teladan kepada murid-murid lain .        
 

khairunnisa.., (2014-07-17 19:23)
thankss kerana sudi berkongsi maklumat..  
 
 

 
Submit a comment:

Name