Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sebagai Setiausaha Persatuan Kebudayaan, anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan anda. , by hareeswar
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak hareeswar
Title:Sebagai Setiausaha Persatuan Kebudayaan, anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan anda.
2014-07-13 21:57
Sebagai Setiausaha Persatuan Kebudayaan, anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan anda.  
Tulis laporan itu selengkapnya.  
 
Laporan Aktiviti Kelab Persatuan Kebudayaan  
Kelab Persatuan Kebudayaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala telah ditubuhkan pada tahun 2007 . Pada tahun pertama kelab ini ditubuhkan , seramai 25 orang ahli telah menyertai kelab ini . Bilangan pelajar yang menyertai persatuan ini meningkat tahun demi tahun . Bilangan pelajar yang menyertai kelab kebudayaan kini telah meningkat kepada seramai 90 orang .  
Pada tahun 2011 , banyak aktiviti-aktivit yang telah dijalankan oleh persatuan kebudayaan ini . Aktiviti pertama yang dijalankan pada awal tahun ialah mesyuarat agung . Tujuannya ialah untuk melantik ahli jawatankuasa seperti pengerusi kelab , setiausaha , ajk-ajk tingkatan dan lain-lain . Pengerusi pada tahun ini disandang oleh Ahmad Fauzan Bin Ahmad Fauzi manakala naib pengerusi ialah Nurul Wani Binti Baharom . Pelantikan dilakukan berdasarkan undian daripada ahli kelab ini .  
Selain itu , kelab ini juga telah mengadakan pertandingan nyanyian lagu tradisional tempatan . Tujuan pertandingan ini dijalankan ialah bagi mengumpul dana untuk persatuan kebudayaan ini . Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu kategori pertama bagi guru-guru yang berminat manakala kategori kedua ialah untuk pelajar . Setiap orang yang menyertai pertandingan ini dikehendaki membayar RM5 . Seramai 35 orang murid dan 15 orang guru yang telah menyertai pertandingan tersebut . Pemenang bagi setiap kategori mandapat hadiah berupa wang bernilai RM 25 berserta sijil .  
Pada bulan Julai , persatuan ini telah menyertai pertandingan menari kebudayaan . Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah bagi mencari bakat-bakat yang ada di dalam diri pelajar sekolah . Pertandingan ini diadakan di Dewan Orang Ramai Kota Star dan disertai oleh 15 buah sekolah menengah . Persatuan kebudayaan sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga serta berpeluang ke peringkat seterusnya pada tahun hadapan .  
 
Akhir sekali , aktiviti yang telah dijalankan pada tahun ini ialah mengadakan lawatan ke Putrajaya . Duit bagi menjayakan aktiviti lawatan ini diperoleh daripada hasil kutipan pertandingan nyanyian dan yuran tahunan yang dikenakan kepada ahli persatuan serta bayaran RM50 kepada sesipa yang ungin menyertainya. Seramai 60 orang ahli persatuan telah menyertai lawatan ini . Kami berada selama 3 hari di sana . Ahli-ahli persatuan yang menyertai berpuas hati dan gembira kerana dapat mengikuti lawatan tersebut .  
Tuntasnya , kami berpuas hati dengan aktiviti yang telah kami jalalankan sepanjang tahun ini . Pada tahun yang akan datang , kami berharap lebih banyak aktiviti yang dapat dijalankan serta menyertai pertandingan-pertandingan luar yang dianjurkan .  
 
Disediakan oleh , 20 Jun 2011  
Ameer  
(SHAFIQ AMEER BIN A’SSRI)  
Setiausaha Persatuan Kebudayaan  
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala  

 

Submit a comment:

Name