Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Suasana Di Pasar Malam , by Wan Ahmad Zuhair Bin Wan Yusoff
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Wan Ahmad Zuhair Bin Wan Yusoff
Title:Suasana Di Pasar Malam
2014-07-13 21:43
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Kalimah ini menjadi peganganku selagiku bernyawa. Disebabkan perasaan kasih terhadap ayah dan ibu, maka aku sering menemani ibu ke pasar pada setiap hujung minggu. Telah menjadi rutin ibu untuk ke pasar borong Selayang pada setiap pagi Sabtu selepas solat subuh. Aku yang ditugaskan membawa bakul setia menanti di dalam kereta Kancil milik ibu. Perjalanan ke pasar borong hanya mengambil masa 15 minit.  
 
         Semasa dalam perjalanan ke pasar, aku perasan akan perubahan cuaca yang menandakan hari akan hujan. Kegusaran hati, aku suarakan kepada ibu, namun ibu membatukan diri. Sebaik sahaja tiba di hadapan pasar, kelihatan rintik-rintik hujan mula merejis membasahi bumi. Ibu meminta aku segera masuk ke dalam bangunan pasar. Tanpa melengahkan masa, aku mencapai bakul manakala ibu mencapai sekaki payung lalu bergegas lari ke arah pintu pasar.  
 
         Vroom, vroom, vroom! Guruh mula kedengaran sekonyong-konyongnya. Angin monsun pula semakin bertiup kencang. Tempat yang kami berdiri tadi kelihatan semakin sempit jadinya. Hal ini disebabkan semua pelanggan pasar dari luar berebut-rebut untuk mencari tempat berteduh. Di luar pasar aku nampak penunggang motosikal dan basikal meletakkan kenderaan mereka dalam keadaan yang tergesa-gesa. Dalam masa kurang daripada dua minit kemudian, tempat kami berdiri tadi menjadi bagaikan "ikan sardin terhimpit di dalam tin".  
 
         Kalau tadi bau hanyir menusuk ke dalam hidungku tetapi kini bermacam-macam jenis bau tubuh manusia pula menusuk ke dalam hidungku. Suara manusia berbual-bual semakin riuh-rendah. Senyuman mesra kelihatan pada wajah penjual ikan dan sayur. Apa tidaknya perniagaan mereka bertambah baik pada ketika ini.  
 
         "Mari kita pergi ke gerai Pak Wang, beli ikan." Suara ibu mengejutkan aku yang sedang memerhatikan keadaan di pasar ikan yang basah itu. Di luar pasar basah dan orang ramai yang berlindung di dalam pasar pun basah. Aku mengekori ibu dari satu gerai ke satu gerai yang lain, sementara hujan terus turun dengan lebat di luar.  

 

Submit a comment:

Name