Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kawan karib ku, by puteri aniss munirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak puteri aniss munirah
Title:kawan karib ku
2014-07-08 17:40
Saya mempunyai seorang rakan karib.    Rakan karib saya bernama Aminah. Umurnya 12 tahun iaitu sebaya dengan umur saya. Kami selalu bersama-sama di sekolah mahupun di rumah.  
 
         Kami akan menunggang basikal ke sekolah pada setiap hari.    Kami juga belajar di dalam kelas yang sama. Aminah merupakan murid yang bijak dalam mata pelajaran Matematik dan selalu dipuji oleh guru kerana cekap mengira. Jika ada tugasan Matematik, dia pasti akan membantu saya dan rakan-rakan yang lain.  
 
         Aminah merupakan seorang rakan yang tidak kedekut ilmu. Dia selalu berkongsi ilmu dengan saya dan rakan-rakan. Pada waktu rehat, kami sering mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku. Jika ada kemusykilan, dia pasti akan membantu kami.  
 
         Selain itu, Aminah aktif dalam bidang sukan. Dia telah mewakili sekolah dalam permainan bola jaring sehingga ke peringkat negeri. Dia juga merupakan olahragawati daerah Johor Bahru bagi tahun 2012.Dia amat bijak membahagikan waktunya setiap hari.  
 
         Pada waktu senggang pula, Aminah gemar melukis.    Pelbagai lukisan dapat dilihat di dalam bilik tidurnya. Dia juga sering menyertai pertandingan melukis di sekolah mahupun di luar sekolah. Jika ada masa terluang, saya akan menemaninya melukis sambil berborak-borak.    Hubungan kami bagai isi dengan kuku.  
 
         Saya berasa sangat bertuah dapat berkawan dengan Aminah kerana banyak ilmu pengetahuan yang saya peroleh daripadanya. Semoga persahabatan kami kekal selama-lamanya.  
 
SEKIAN TERIMA KASIH.  
 
-KAWAN KARIB KU- ^_^  
 

 

hanani, (2014-07-19 17:33)
aku
 
maneraj kaur , (2014-07-08 19:47)
sebuah karangan yang bagus  

 
Submit a comment:

Name