Welcome!

Contoh Karangan UPSR: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR, by SANTHENE A/P KANNAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak SANTHENE A/P KANNAN
Title:LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR
2014-07-05 18:30
        Pada 26 Ogos 2011 yang lalu, Persatuan Sains dan Rakan Muda Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist telah menganjurkan suatu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut.  
 
        Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahuan tempat-tempat lawatan yang terkenal di Ibu Kota Negara kita disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami melalui lawatan tersebut.  
 
        Pada mulanya,murid murid berkumpul di perkarangan sekolah sambil menunggu kedatangan bas yang telah disewa khas ol;eh guru pengiring.Kami bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi.Sepanjang perjalanan,murid murid dapat peluang untuk melihat kampung kampung sawah padi yang kehijau-hijauan dan ladang ladang kecil.  
 
        Selepas sampai di Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi,murid-murid dibawa ke tempat pertama lawatan iaitu ke Muzium Negara.Di muzium tersebut,mereka berpeluang untuk melihat barang barang purba seperti perkakas perkakas dapur,alat-alat senjata dan alat-alat muzik yang digunakan pada zaman silam.  
 
         Seterusnya,mereka dibawa ke Planetrium yang terletak berhampiran dengan Muzium Negara.Di sana, mereka dapat melihat berbagai-bagai bahan tentang angkasa lepas.Murid-murid juga bersempat menonton sebuah filem rencana yang menarik.  
 
         Selepas itu,murid-murid dibawa ke sebuah restoran yang terkenal untuk makan tengah hari.Selepas menikmati hidangan mereka bertolak pulang ke sekolah.  
 
         Lawatan ini merupakan suatu aktiviti tahunan Persatuan Sains dan Rakan Muda SJK(T) Methodist.Guru penasihat Persatuan Sains dan Rakan Muda Puan Parvathi telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjayakan lawatan tersebut.  
 
 
 
Laporan Disediakan oleh,                                    2 SEPTEMBER 2011(SANTHENE A/P KANNAN)  
Setiausaha  
Persatuan Sains dan Rakan Muda  
SJK(T)METHODIST          
 

 

guru haikal, (2014-07-06 13:48)
gagal  

 
Submit a comment:

Name