Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Diariku, by Sharvini a/p Nadarajan
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Sharvini a/p Nadarajan
Title:Diariku
2014-07-05 13:55
Jumaat,24 Januari  
 
    Keluargaku serta sanak saudara seramai 16 orang berkumpul di rumahku sebelum bertolak ke lokasi perkemahan,iaitu Laman Idaman.  
    Setelah menempuh perjalanan selama satu jam,kami tiba di lokasi tersebut.Aku dan keluarganya disambut dengan mesra oleh seorang pegawai yang bertugas.Seterusnya,kami diberi taklimat tentang tatacara aktiviti perkemahan.  
    Kemudiannya,kami mendirikan khemah di tempat yang sesuai.  
Aku terpesona melihat keindahan alam semula jadi di persekitaranku.Aku berasa seronok kerana inilah pengalaman pertamaku berkhemah dengan keluarga serta sanak saudara.  
 
Sabtu,25 Januari  
 
    Pada awal pagi,kami bersiap sedia untuk menjalankan ekspedisi berakit.Encik Tajul,pegawai yang bertugas,turut membantu kami ke lokasi permulaan ekspedisi.  
    Pada sebelah petang,aktiviti sukaneka dijalankan.Pelbagai pertandingan telah diadakan.Keluarga Mak Long telah menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan sukaneka.  
    Pada sebelah malamnya,kami berpeluang melihat hidupan liar seperti rusadan pelanduk yang mencari makanan di kawasan lokasi pekhemahan kami.  
 
Ahad,26 Januari  
 
    Kami mengemas barang untuk pulang.Sebelum pulang,kami membersihkan tapak perkhemahan.Aku memperoleh banyak pengalaman yang manis dan tidak ternilai harganya.Aku berharap agar aku dapat datang lagi ke tempat ini.
 

Submit a comment:

Name