Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sahabat baikku, by aina nabilah khairolnizam
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan aina nabilah khairolnizam
Title:sahabat baikku
2014-07-02 17:24
            Setiap orang pasti memiliki seorang sahabat,seperti aku.Aku memiliki 2 orang sahabat yang setia bersama daku bak kata pepatah hati gajah sama dilapah,hati nyamuk sama dicecah.Namanya ialah Siti Aisyah dan Nur Fateha.Kami memang sukar hendak dipisahkan bak kata pepatah carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua.  
            Umur mereka sebaya aku iaitu 12 tahun.Kami menimba ilmu di tempat yang sama iaitu di dalam kelas tahun 6 Bestari.Mereka menetap di mahligai kepunyaan mereka iaitu di kawasan perumahan Taman Seri Rembau.Aku pula menetap di teratak usangku di Kuarters Pertanian Astana Raja.Sungguhpun begitu,kami sering meluangkan masa bersama di perpustakaan Astana Raja.Kebiasaannya kami akan ke sana untuk meminjam buku ataupun mengulangkaji pelajaran.  
            Aisyah amat menggemari nasi ayam manakala Fateha menyukai makanan yang berperisa coklat.Aku pula sukakan makanan air tangan ibuku iaitu tom yam.Kami menggemari air milo ais.Sahabatku Fateha berazam untuk menjadi chef manakala Aisyah pula memasang angan untuk bergelar seorang guru pendidikan seni.Hal ini demikian kerana dia amat meminati subjek seni.  
            Aisyah lebih mesra dipanggil Ecah dan Fateha pula lebih mesra dipanggil Tia.Ecah merupakan anak ke 8 daripada 10 orang adik-beradik.Tia pula merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik.Tia amat menggemari subjek matematik.Acap kali dia mendapat A dalam ujian matematik.  
            Harapan kami pada tahun ini adalah untuk mendapat 5A dalam UPSR.Kami berjanji akan mencapai cita-cita yang kami idamkan.Akhirrulkalam,semoga kami menjadi sahabat sejati tuk selamanya.Amin.
 

Aliya ., (2015-08-11 00:41)
Bagus sangat ....... . Nanti belajar bersungguh tau
 
Aliya ., (2015-08-11 00:41)
Bagus sangat ....... . Nanti belajar bersungguh tau
 
aina nabilah khairolnizam, (2014-07-02 17:25)
harap kamu semua suke tau.  

 
Submit a comment:

Name