Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sepasang kasut , by NUR SAMIRAH BINTI YAACOB
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan NUR SAMIRAH BINTI YAACOB
Title:Aku sepasang kasut
2014-07-02 14:25
            Aku sepasang kasut .Aku dinamakan Besta .Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam .Aku merupakan sepasang kasut sekolah berjenama .Aku paling digemari oleh murid-murid pada masa ini .Setelah siap dibungkus , aku dan kawan -kawan aku dihantar ke berapa buah pasar raya dengan sebuah van .  
             Apabila sampai di Perak , aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah kedai menjual kasut yang terkenal di Ipoh .Di sini aku berkenalan denan kawan -kawan baharu seperti Bata, Pallas dan lain-lain .Aku dijual denga harga RM39.90  
                Pada suatu hari,ada seorang budak lelaki mendekati aku                        Selepas dia tawar -menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh budak lelaki itu .Aku berasa gembira kerana mendapat seorang tuan yang baharu.Nampaknya tuan baharuku ini seorang budak yang agak lasak .Pada sebelah pagi , aku dipakai untuk pergi ke sekolah .Aku berasa gembiraa sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan -kawan yang lain .  
                 Pada suatu hari ,beberapa orang rakan mengajak tuan aku pergi bermainn padang yang berhampiran dengan rumah . Tuan aku memakai aku untuk bermain bola sepak , tiba-tiba badanku koyak .Tuaan aku terpaksa pulang dengan berkaki ayam .Aku dibiarkan di tepi padang selepas mereka bermain .  
                 Aku dibiar berpanas dan berhujan sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur . Tuan aku tidak ingat kepada diriku lagi .Lebih malang lagi ,aku digonggong oleh anjing liar ke dalam semak .Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut . Ketika aku masih baharu ,aku disayangi .Sesudah rosak ,aku dibiarkan begitu sahaja .
 

Submit a comment:

Name