Ayahanda dan bonda
ketahuilah olehmu
bahawa perjuangan anakmu
masih terlalu jauh
terpaksa terharung lautan badai
duri dan liku hidup
demi mengapai sebuah cita.
Ayah dan bonda
ketahui olehmu
bahawa jatuh bangun ini
adat perjuangan di gelangan
namun usah dikesali
jika jatuh tersungkur
anakmu akan pasti bangkit kembali
Ayahanda dan bonda
restuilah perjuangan anakmu ini
bermunatjat dengan kepasrahan
biar citaku setinggi bingtang di langit
akan ku capai demi masa depanku
yang gilang-gemilang
Ayahhanda dan bonda
biar obor terpadam dimalam kelam
akan ku yalakan pada rangting-ranting semangat
demi mencari sekelumit bahagia
demi mengapai sebuah cita
berbakti untuk agamannya. |