Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Jiran saya, by Dead Walker
Contoh Karangan UPSR
Name:Dead Walker
Title:Jiran saya
2014-07-02 00:38
         Encik Lee ialah jiran saya. Encik Lee bekerja sebagai pengawai polis manakala isterinya, Puan Lee bekerja sebagai seorang kerani. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ai Vern dan adiknya,Ai Kern. Ai Vern sebaya dengan saya.      
         Keluarga Encik Lee telah menjadi jiran saya sejak sepuluh tahun yang lalu. Hubungan keluarga saya dan keluarga Encik Lee sangat rapat seperti saudara. Walaupun berlainan agama, kami dapat hidup dengan harmoni. Ini kerana, kami saling bertolak ansur dan saling memahami.      
         Pada setiap hari perayaan, kami akan saling mengunjungi ke rumah masing-masing.Kadangkala, keluarga kami akan berkongsi mengadakan jamuan an menjemput jiran tetangga sekitar kawasan perumahan kami, Jadi, kami dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan jiran tetangga.      
         Encik Lee pernah membantu ayah saya yang pernah terlantar sakit di hospital. Dia telah bersusah payah menghantar dan menguruskan perihal perbatan ayah saya. Kami sekeluarga terhutang budi dengan bantuan Encik Lee sekeluarga.      
         Ayah saya sering menasihati saya agar menjaga hubungan baik antara jiran. Kata ayah, jika kita dalam kesusahan, jiranlah orang yang akan menhulurkan bantuan kepada kita. Jadi,kita perlu sentiasa berbuat baik dengan jiran dan mengelak daripada sebarang permusuhan.
 

Submit a comment:

Name