Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sebuah Basikal, by Shahmi Bin Zainal
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Shahmi Bin Zainal
Title:Sebuah Basikal
2014-06-30 18:55
Aku sebuah basikal. Aku diberi nama Schwin. Aku digelar Glamour Town. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Selangor. Badanku berwarna biru cerah. Bunga- bunga putih menghiasi diriku.  
 
Setelah aku siap diproses, aku telah dihantar ke kedai basikal Giant yang terletak di Perak. Aku dibalut dan diletakkan di dalam lori. Setelah hampir 3 jam berada didalam lori, akhirnya aku sampai ke tempat yang ingin dituju.  
 
Aku diletakkan di bahagian hadapan kedai kerana diriku yang menarik. Di sana, aku dapat menemui sahabat baru. Sahabat baruku ada bermacam- macam jenis jenama dan warna. Aku dilekatkan tanda harga yang bernilai RM299.  
 
Setelah hampir seminggu di dalam kedai tersebut, seorang budak perempuan datang ke kedai basikal itu. Dia ingin membeli basikal sempena hari ulang tahunnya. Sambil membelek- belek, dia terlihat diriku. Dia tertarik dengan warna dan corak diriku. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli diriku.  
 
Setelah sampai ke rumahnya, aku diletakkan di garaj yang besar bersama- sama kereta, motorsikal dan basikal keluarganya yang lain. Setiep hari, aku dibawa ke sekolah atau ke taman. Hujung minggu pula aku akan dibersihkan. Aku sangat menyayangi tuanku. Tuanku juga sangat menyayangi aku dan menjaga aku dengan baik.  
 
Suatu hari, aku dibawa bersiar- siar di taman. Tiba- tiba, seekor anjing yang besar dan garang mengejar kami. Tuanku mengayuh kakiku dengan sangat laju. Tanpa disedari, tuanku terjatuh ke dalam longkang ketika hendak berpaling ke belakang. Tuanku bernasib baik kerana seorang lelaki datang dan menghalau anjing itu. Malangnya rantaiku terputus dan tidak boleh dibaiki. Akhirnya aku dibuang begitu saja.  
 
Tamatlah riwayatku sebagai sebuah basikal.
 

Submit a comment:

Name