Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah bersukan , by nur izzati bt abdul halim
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor nur izzati bt abdul halim
Title:faedah bersukan
2014-06-27 20:47
     Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita . Malah, kerajaan mengalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Hal ini melalui bersukan banyak faedah yang kita perolaeh.  
 
    Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita brekreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan berlakunya pembakaran lemak dalam tubuh kata. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.  
 
    Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman - taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeatkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.  
 
     Selain itu, bersukan juga meupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukkan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.  
 
     Disamping,dengan bersukan kita dapatbmengharumkan nama sekolah. Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah, daerah, negeri mahupun negar. Apabila kita berjaya memenangi mana - mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Nama kita juga akan kian dikenali dan rezeki makin bertambah.  
 
     Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama - sama menyahut seruan keajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia yang cerdas dan cergas.      
      

 

durmmerboy, (2014-09-09 01:52)
Not bad, sangat bijak  

 
zainal, (2014-07-10 14:51)
bagus a
 
Submit a comment:

Name