Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak., by Adlyn Farhana Zuhdi
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Adlyn Farhana Zuhdi
Title:Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.
2014-06-27 07:57
 
Pasukan Bola Jaring,  
Sek. Keb. Putrajaya Presint 16(1),  
25050,presint16  
Putrajaya.  
 
 
Puan Nor Hannis Ya’acob,  
Setiausaha Sukan,  
Sek. Keb.,Putrajaya Presint 16(1),  
25050,Presint 16,  
Putrajaya.                                                                                                                                                                                 24 APRIL 2013.                  
Tuan,  
 
Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama      
 
Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.  
 
2.             Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.  
 
3.             Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.  
 
4.             Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.  
 
Sekian, terima kasih.  
 
Yang benar,  
Adlyn Farhana  
…………………  
( ADLYN FARHANA ZUHDI )  
Ketua Pasukan,  
Pasukan Bola Jaring,  
Sekolah Kebangsaan PUTRAJAYA PRESINT 16(1).  

 

, (2014-06-27 15:12)
good
 
Submit a comment:

Name