Welcome!

Contoh Karangan UPSR: majlis perpisahan, by adlyn farhana zuhdi
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya adlyn farhana zuhdi
Title:majlis perpisahan
2014-06-27 06:28
     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera.  
 
Hadirin yang dihormati,  
        Terebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan rakan-rakan sekalian yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada majlis ini.  
        Sesungguhnya guru-guru sekolah ini telah banyak mengajar dan membimbing kami bagi memperoleh kejayaan dan kecemerlangan.Jasa guru terhadap kami begitu besar sekali.Jasa itu akan kami kenang sepanjang masa.  
        Kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesan agar kita    janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit apabila berada di sekolah baharu nanti.Kita perlu menghormati dan menghargai guru-guru yang telah membimbing kita selama ini walaupun mereka tidak mengajar kita lagi.  
 
Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,  
         akhir kata saya sebagai ketua murid ingin meminta maaf kepada semua guru sekiranya terdapat kesalahan yang kami lakukan sepanjang tempoh persekolahan kami di sini.Sekian,terima kasih dan saya sudahi ucapan ini dengan serangkap pantun;  
 
    Kalau ada sumur di ladang,  
         Boleh saya menumpang mandi;  
    Kalau ada umur yang panjang,  
         Boleh kita berjumpa lagi.
 

ainasafina115r, (2014-06-27 16:42)
terima kasih,  
daun keladi,  
kalau boleh,  
hendak lagi pantun.  
 
 
buat banyak-banyak pantun lagi dan saya suka pantun itu
 
Submit a comment:

Name