Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SEKOLAH BARU SAYA, by NUR AIN BINTI ABDUL MUTALIB
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan NUR AIN BINTI ABDUL MUTALIB
Title:SEKOLAH BARU SAYA
2014-06-25 12:38
    Saya baru berpindah ke sekolah baharu ini pada minggu lepas.  
Sekolah baharu itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong  
Yuh.Sekolah ini besar dan cantik.  
    Sekolah baharu saya ini terletak tidak jauh dari rumah saya.  
Saya hanya menunggang basikal ke sekolah bersama -sama jiran  
baharu saya.Saya berasa sungguh puas hati dapat belajar di sini.  
    Sekolah ini dibina pada tahun 1999.Sekolah ini sangat  
popular dalam kalangan penduduk di sini kerana prestasi  
sekolah yang cemerlang.tambahan pula,sekolah ini mendapat  
anugerah sekolah harapan negeri berikutan pencapaian UPSR  
yang sangat membaggakan.  
    Seramai 86 orang guru dan 1500 orang murid di sekolah ini  
.Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding murid di sekolah  
lama saya.Guru-guru dan rakan rakan di sini baik-baik  
belaka.Mereka menerima saya dengan tangan yang terbuka.  
    Selain itu,sekolah ini juga hebat dalam kokurikulum.  
Sekolah ini telah melahirkan banyak atlet olahraga di  
peringkat negeri.Saya berasa sungguh teruja apabila meyertai  
latihan olahraga bersama -sama rakan.Latihan yang mereka  
sangat mencabar dan menguji ketahanan fizikal saya.  
    Saya berasa gembira dapat belajar di sini.Saya berharap  
dapat mengharumkan nama sekolah ini,terutama dalam acara  
sukan kerana saya sangat suka meyertai acara olahraga.  
Semoga hasrat ini akan menjadi realiti.  
 
 

 

Submit a comment:

Name