Welcome!

Contoh Karangan UPSR: penoreh getah, by Nurain Sofea Binti Mohamad Iskandar
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurain Sofea Binti Mohamad Iskandar
Title:penoreh getah
2014-06-15 16:40
Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal.  
 
Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu suluh kerana keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar lancar serta lebih banyak susu getah dapat dihasilkan.  
 
Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke rumah, pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika perlu, dia akan menebas dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah.  
 
Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya. Dia akan membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang berlonggok di pangkal pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu lori pembeli getah tiba.  
 
Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaan    keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya sungguh bangga melihat kerajinan pakcik    saya mencari nafkahnya seisi keluarga.
 

Submit a comment:

Name