Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pentingnya Kokurikulam di Sekolah, by Sree laxmi rubini a/p S Chandiran
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Sree laxmi rubini a/p S Chandiran
Title:Pentingnya Kokurikulam di Sekolah
2014-06-09 23:05
     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang adil lagi bijaksana,guru - guru serta rakan - rakan sekalian.Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi ini ialah "Pentingnya Kokurikulam di sekolah".  
 
Hadirin yang dihormati,  
 
         Aktiviti kokurikulam merupakan aktiviti yang amat penting untik setiap pelajar.mereka boleh memilih untuk menyertai persatuan,badan beruniform atau dukan.  
 
            Seseornag pelajar dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti kokurikulam.Murid - murid akan terdedah dengan pelbagai gejala yang kurang sihat jika mereka tidak mengisi masa lapang dengan aktiviti - aktiviti yang berfaedah.  
 
                Bagai mengelakan keadaan ini, kita seharusnya menyertai aktiviti sukan atau permainnan.Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulam dapat menambahkan kawan serta menyihatkan badan mereka.  
 
                 Selain itu, para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulam akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman mereka.Hal ini akan membentuk warganegara yang berguna dan berdisiplin.  
 
                    Sampai di sini sahaja syarahan saya.Saya akhiri dengan serangkap pantun:  
                     Kalau Mak Siti pergi ke pasar,  
                     Belikan saya pari dan terung;  
                     Jika tuan - tuan gusar,  
                     Giatkan diri dalam kokurikulam.  
 
                     Sekian, terimah kasih.  
 
                      
                  
                
 

Submit a comment:

Name