Welcome!

Contoh Karangan UPSR: harapkan pagar,pagar makan padi, by ELSA
Contoh Karangan UPSR
Name:U.K. ELSA
Title:harapkan pagar,pagar makan padi
2014-05-29 01:43
Sejak muda lagi,Ah Beng mengusahakan kedai runcit di Kampung Melor.Kedainya menjadi tumpuan penduduk kampung kerana barang yang dijual agak murah dan sikap mesra Ah Beng melayan pelanggan.Ah Beng minat berniaga,tetapi disebabkan kesihatannya yang sering terganggu,tumpuannya terhadap kedai agak berkurangan.  
Isterinya mahu Ah Beng menerima rawatan yang baik di hospital pakar.Penyakit kencing manis tidak boleh dianggap mudah.Ah Beng berhadapan dengan masalah kerana sekiranya dia menerima rawatan yang memakan masa yang lama,tiada orang yang akn menjaga kedainya.  
"Apa gunanya ayah menyimpan duit kalau badan tidak sihat?Ayah boleh pergi ke hospital dan saya akan jaga kedai,"kata anak lelaki sulungnya,Ah Choo,yang berusia 25 tahun.Dia sudah mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh ayahnya.  
Ah Beng berbelah bahagi terhadap tawaran anaknya itu apabila mengenangkan sikap anaknya yang tidak suka membantunya menjaga kedai selama ini.Akan tetapi,sekiranya dia tidak memberikan tanggungjawab itu sekarang,mungkin tiada lagi hari yang sesuai.Mahu tidak mahu,dia terpaksa menyerahkan perniagaan kedai tersebut kepada Ah Choo.  
Selama dua minggu,Ah Beng menerima rawatan di Hospital Mawar di Shah Alam dengan ditemani oleh isterinya.Kesempatan itu digunakan oleh Ah Choo untuk mengambil wang hasil jualan barang-barang.Malah,dia telah membuka dan menutup kedai sesuka hatinya sahaja.  
Apabila Ah Beng keluar dari hospital,alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan kedainya yang tidak seperti dulu lagi.Itulah yang dikatakan seperti'HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI'.Penyakit yang dihidapi oleh Ah Beng makin pulih tetapi kedainya pula yang menjadi tenat.
 

ARIF, (2014-08-12 13:33)
saya benci karangan ni _I_.............
 
ain syuhada, (2014-06-07 17:20)
sangat tak seronok apabila baca buku ini
 
Submit a comment:

Name