Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan menabung, by Durka Devvi
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Durka Devvi
Title:Kebaikan menabung
2014-05-28 12:11
     Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.Sikap menabung dipupuk sejak kecil hingga tua.Menabung mempunyai banyak kebaikan.  
     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat - cermat.Oleh itu, kita perlu menabung sebahagian daripada perbelanjaan harian.Kita mesti membawa makanan dan bekalan air ke sekolah.  
     Apabila kita menabung,kita mempunyai wang simpanan.Wang simpanan ini boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran kita ke universiti.Selain itu,wang simpanan juga membantu kita membeli barang- barang keperluan diri.Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang berjimat -cermat itu.  
    Menabung juga dapat membantu keluarga apabila keadaan yang susah.Jika kita sakit wang itu boleh digunakan untuk rawatan. Kita tidak perlu meminta orang lain .  
    Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita.Jika kita menyimpan wang di bank,kita akan dapat sebahagian untungan bank.Wang ini boleh digunakan untuk hidupan masa hadapan.Kita dapat hidup dengan selesa.  
    Menabung memberi banyak manfaat kepada kita.Oleh itu,mulalah menabung dari sekarang seperti "sedikit- sedikit lama jadi bukit ".        
 

Jeslina ann , (2014-07-30 13:52)
Bagus .....inovatif
 
Submit a comment:

Name