Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Menabung, by Muhammad Syazreel Bin Shafiee
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Muhammad Syazreel Bin Shafiee
Title:Faedah Menabung
2014-05-25 00:41
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru  
Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.  
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah  
Menabung’.  
Hadirin sekelian,  
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian  
wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa  
hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul  
lebihan wang perbelanjaan seharian untuk di  
simpan di bank sebagai tabungan kita. Wang  
tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita  
gunakan untuk pelbagai perkara yang penting  
pada masa hadapan.  
Hadirin sekelian,  
Antara faedah menabung ialah dapat membantu  
kita pada masa diperlukan. Contohnya  
menggunakan wang tabungan tersebut untuk  
membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu  
dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya  
jika waktu itu mereka kekurangan wang dan  
sebagainya.  
Selain itu, menabung juga akan memupuk  
amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang  
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan  
dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita  
berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar  
wang tidak dibelanjakan sesuka hati.  
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan  
kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang  
muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat  
membeli buku idaman yang jarang-jarang  
ditemui dengan menggunakan wang simpanan.  
Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh  
apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada  
masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu  
untuk membelinya.  
Hadiri yang dihormati sekelian,  
Amalan menabung juga dapat mengelakkan  
pembaziran. Orang yang menabung akan lebih  
berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka  
telah membuat perancangan awal menguruskan  
wang perbelanjaan mereka. Ini sudah pasti  
mengelakkan pembaziran kerana hanya  
berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-  
betul perlu sahaja.  
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita  
membantu orang lain. Contohnya, kita boleh  
meminjamkan sebahagian wang simpanan kita  
untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada  
masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan  
mengeratkan tali persaudaraan kerana  
membantu mereka ketika dalam kesusahan.  
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi  
ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-  
rakan supaya menjadikan amalan menabung  
sebagai amalan hidup kerana banyak faedah  
yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.  
Sekian, Terima kasih.
 

nur rabbiatun adawiyah bt mohamed khir, (2014-06-01 23:01)
terbaik
 
Submit a comment:

Name