Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Mengirim surat kepada kawan., by SHARIFAH SHAIRA BTE RAHMAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah SHARIFAH SHAIRA BTE RAHMAN
Title:Mengirim surat kepada kawan.
2014-05-12 18:29
          
                                                                 Kampung Jaya Baru Lumadan                                                      
                                                                 89800 Beaufort      
                                                                 Sabah.  
          
                                                                 24 Januari 2014  
 
Menemui sahabatku Zainab yang kini berada Seoul Korea. Semoga saudari berada dalam sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Saya sekeluarga di sini sihat-sihat sahaja  
 
Saudari,  
                Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu tentang tempat-tempat menarik dan keistimewaan Malaysia.  
                Pertama sekali, saya ingin memberitahu saudari tempat yang paling saya gemari iaitu Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah. Gunung ini adalah gunung yang tertinggi di Asia. Di sini juga terdapat bunga yang terbesar di dunia yang di kenali sebagai bunga Raffelesia. Cuaca di gunnug ini juga sejuk. Ramai pelancing asing yang melancong di sini.  
                  
                Selain Gunung Kinabalu, terdapat juga Pulau Perhentian, Terengganu. Ianya terkenal dengan pantainya yang bersih, berpasir putih dan airnya yang jernih. aktiviti popular di sini ialah malawat program pemeliharaan penyu, menyelam, dan berkayak.  
                  
                Di samping itu, Tanah tinggi Cameron Highlands yang terletak di Negeri Perak. Tempat ini sesuai bagi orang yang gemar akan kehijauan dan udara yang segar. Jika saudari melawat ke sini, saudari dapat melihat keindahan Ladang Teh dan dapat menikmati teh pelbagai perisa.  
 
                Malaysia adalah satu-satunya negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India. Negara kami menerapkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama walaupun berlainan bangsa dan agama. Kami sentiasa bersatu padu dan tidak berpecah belah.  
                  
                Malaysia juga sering menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun seperti Hari Raya Puasa, Hari Deepavali, Tahun baru Cina dan Hari Natal. Suasana sungguh meriah pada musim perayaan kerana semua kaum di Malaysia turut memeriahkannya ini sejajar dengan perjuangan 1 Malaysia ke arah perpaduan nasianal.  
 
Saudari,  
                Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan kepada saudari dalam warkah kali ini. Insya-Allah saya akan menulis surat kepada saudarilagi pada masa akan datang. Akhir sekali , sambutlah salam saya buat saudari sekeluarga.  
 
Sekian,  
                                                                                     Sahabatmu  
                                                                                 _____________  
                                                                                     (Shaira)    
 

afiqah fatisha ahmad feisal, (2014-07-15 22:53)
Tqvm to help me...☺☺☺☺
 
, (2014-07-15 22:53)
Tqvm to help me...☺☺☺☺
 
Zikri , (2014-06-23 01:45)
Best
 
shahrul, (2014-06-19 15:09)
dekkdkfkfkklslsllsl;slslss6yhhhhhhhhhhhhhhhh
 
shahrul, (2014-06-19 15:09)
dekkdkfkfkklslsllsl;slslss6yhhhhhhhhhhhhhhhh
 
shahrul, (2014-06-19 15:09)
dekkdkfkfkklslsllsl;slslss6yhhhhhhhhhhhhhhhh
 
PiggyBank, (2014-05-25 00:28)
pelancing=Pelancong......okey itu sahaja......
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name