|
Name: | nurul syahira elyza binti nollzah | Title: | pantun budi
2014-05-04 17:02 | Pemuda gagah menumbuk padi,
Padi berasal dari seberang;
Kalau hidup tidak berbudi,
Tentu hina dipandang orang.
Waktu pagi menuai padi,
Duduk berehat menghilang penat;
Hidup biar menabur budi,
Pasti diingat sepanjang hayat.
Pergi ke Daik waktu pagi,
Hendak membeli ubi sengkuang;
Baik -baik menabur budi,
Agar budi tidak terbuang.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Nampak dari tanjung Jati;
Budi sedikit masakan hilang,
Tetap dikenang sampai ke mati.
Jual kain berkodi-kodi,
Dijual oleh pemuda tampan;
Tersikap di sini kisah budi,
Mari kaji unit lapan
| | mahu, (2014-05-06 02:26) bokser
| |
|
|
|